Monday, April 11, 2011

ahli neraka! (sharing is caring..!!)

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Dari Firman Allah di atas ini,ada satu hadis berkaitannya yakni bertnya Muaz Bin jabal kepada Rasulullah saw. apakah maksud ayat ini (ayat suran Al-naba :18)??maka Rasulullah saw. menangis lalu di beritahu maksud ayat itu:Wahai Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1- Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2- Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3- Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala . Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4- Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5-Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6- Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7- Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8-Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9-Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11-Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Mahukah kita tergolong dalam 11 golongan ini,100% pasti tidak mahukan?tapi masih ada yang melakukan perkara2 murka seperti ini.mksud saya bukanlah kita2 yang membaca ini.tapi kehidupan sosial diluar sana.hampir 11 jenis ini ada di luar sana.Moga kita tidak tergolong dlm golongan yg 11 ini. tapi kita nak sangat 1 golongan ini..yakni golongan orang2 yang soleh ,taat perintah Allah dan Rasul tanpa membantah walaupun 1 ayat.mengikut segala yang dituntut secara mutlak tanpa menyolakan mengapa perlu berbuat begini dan begini.Dan gologan ini adalah golongan yang beruntung di akhirat kelak.Moga kita di dalam golongan ini.^^AMIN

p/s:disunting drp note by Satu Penantian .utk inf0 lebih lanjut sila ke http://www.facebook.com/notes/satu-penantian/neraka/19145959089596 

sama2 kita b'muhasabah diri & perbaiki diri ke arah yg lebih baek..mudah-mudahan kita smue terg0l0ng dlm gl0ngan org2 yg dipelihara iman & diterima taubat..insyaAllah =)


No comments:

Post a Comment